Search

ALMARHUM CIKGU ABDUL HALIM ISMAIL

Setel...

  • Share this:

ALMARHUM CIKGU ABDUL HALIM ISMAIL

Setelah bertarung beberapa hari di hospital, rakan dan mentor saya Cikgu Abdul Halim menamatkan perjalanan seorang insan di atas dunia yang sementara menuju alam yang kekal abadi tepat jam 10.32 malam tadi.

Saya bertemu beliau buat pertama kali di pejabat ABIM, Seksyen 14, Petaling Jaya sekitar tahun 1995. Perwatakannya mudah dan mesra. Murah senyuman. Beliau adalah antara pimpinan ABIM yang beraras dan berfrekuensi tinggi. Semasa kematian menjemput ruhnya yang suci kembali kepada Pencipta Agong, beliau adalah Timbalan Presiden kepada WADAH.

Saya kerap berinteraksi dengan Almarhum waktu saya menolong mengajar beberapa mata pelajaran di hujung minggu di Kolej ABIM di Sg Ramal dalam Diploma Perniagaan Islam (kalau tak salah ingatan). Pertemuan saya dengan beliau tidaklah kerap mana. Beruntunglah mereka yang boleh mendampingi beliau sepanjang masa.

Program terakhir saya dengan Almarhum ialah pada bulan April 2021 sebelum bulan puasa. Saya diminta berucap sebagai perasmi majlis bakul makanan anjuran SALWA. Saya sepatutnya hadir dalam program ini di Sg Ramal hari Khamis. Namun, pada hari Selasa saya diambil ambulan ke hospital Sg Buluh kerana Kovid.

Saya minta maaf kepada Almarhum dan penganjur kerana tidak dapat hadir. Saya tidak ada halangan dibuat secara zoom. Almarhum bersetuju. Saya berbicara dari ward saya di Hospital Sg Buluh. Satu detik yang indah.

Banyak yang saya dengar tentang peribadi & perwatakan beliau. Pemurah kewangan dan pemudah urusan. Lemah lembut & tidak erti penat bekerja. Always on the move seolah2 Almarhum ada sesuatu yang ingin dibuat sementara ada usia & kesihatan. Ini berkat tarbiyah dalam organisasi yang Almarhum bersama mengemudi.

Jelas sangat Almarhum disayangi oleh ramai manusia, penduduk dunia . Moga2 Almarhum juga disayangi penduduk langit.

Pulanglah sahabat kami ke alam yang lebih luas dan lapang di 'bawah sana'. Penat lelah dan senyuman serta sifat pemurah mu akan menerangi kehidupan tanpa rasa takut dan bimbang.

Urusan pengkebumian Almarhum telah selesai sekitar jam 11 pagi tadi. Sehingga kita berjumpa semula di Firdaus Al-A'la.

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وادخله فسيح جناته

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts